(VIDEO) Awas! Stik Daging Campur Gam, Ini Cara Untuk Kenalpasti Agar Tak Ditipu..

Apabila anda pergi ke restoran, terutamanya yang sedikit mewah, anda sangka anda akan dijamu setanding dengan harga yang anda bayar. Sebagai contoh, jika anda memesan stik daging. Tentunya anda mahu yang terbaik, bukan?
Walau bagaimanapun, sesetengah pelanggan mendapati bahawa mereka lazimnya melihat tawaran iklan stik yang terbaik di pasaran. Namun, hakikatnya mereka hanya disajikan dengan potongan daging yang dicampur dengan ‘gam’.

Apa yang terjadi sebenarnya adalah, para pelanggan menerima potongan sisa daging yang digam menjadi satu potongan stik seperti yang dicanang di dalam iklan. Mereka menjualnya dengan harga yang begitu tinggi (seperti potongan daging original) dan sudah tentu mereka mendapat keuntungan yang banyak!

“Ia kelihatan bagus”, kata seorang chef dan pemilik Perbacco Restaurant di San Francisco, Staffan Terje, kepada ABC7.
Gam itu berasal daripada bentuk serbuk. Chef akan menggabungkan beberapa potongan daging yang berbeza kemudian akan menaburkan serbuk gam berkenaan pada daging dan memasukkan ia ke dalam tin yang berbentuk seperti ketulan daging stik yang sempurna.

Daging itu akan disimpan di dalam beg kedap udara bagi mencipta tekanan yang akan membantu ‘mengikat’ daging berkenaan. Ia mestilah disimpan di dalam peti sejuk untuk tempoh semalaman.

Hal ini sekaligus menukarkan daging berharga RM15 kepada stik mahal berharga RM97!

Menurut Cooking Issues, situasi ini dikenali sebagai transglutaminase (TG atau Tgase). Laman web berkenaan juga berkata ia selamat dimakan, bersifat semula jadi dan mudah dimasak. Ia juga digunakan secara meluas oleh kebanyakan restoran!

“TG adalah enzim semula jadi berasal daripada tumbuhan, haiwan dan bakteria. Ia adalah protein yang berfungsi sebagai pemangkin dalam tindak balas kimia; ia mempercepatkan reaksi dan membuat tindak balas berlaku. TG mengikat molekul protein bersama dengan dua amino asid (glutamine dan lysine),”lapor Cooking Issues.

Sungguhpun begitu, Huffington Post melaporkan lapisan luar daging berkenaan memangkin perhubungan dengan banyak jenis bakteria.

Lazimnya, memasak daging stik pada lapisan luarnya akan membunuh semua bakteria. Lapisan tengahnya telah disteril, sebab itulah anda boleh memakannya secara mentah. Namun, daging bercampur yang digam mengandungi bakteria seperti ecoli pada lapisan di dalamnya.
Jadi, adalah lebih baik jika anda memesan stik yang dimasak sepenuhnya bagi memastikan ia bukanlah daging yang digam. Anda boleh ketahui dengan lebih lanjut dengan menonton video di bawah:

VIDEO:


Sumber: Politicophobia1776

Leave a Reply

Your email address will not be published.