‘Murahnya, dapat semua lauk tu dengan harga RM200!!!’

 

Baru saja dikongsi kepada publik beberapa jam, namun jumlah perkongsiannya telah mencecah lebih 20,000. Tips bajet dapur yang rendah ini sememangnya dicari-cari mahupun dinanti-nantikan. Ini bukan fantasi ataupun ilusi, tetapi realiti bagaimana hendak menetapkan perberlanjaan dapur bulanan agar tidak lari bajet.

Jika anda mempunyai keluarga yang lebih dari tiga orang, tips yang dikongsikan oleh Puan Fieya Badar ini sangat membantu. Mana tidaknya, semuanya bahan-bahan mentah didapatkan dengan harga berpatutan dan dibeli pula sekali gus. Balik rumah, sediakan dan simpan siap-siap. Tidak perlulah menjejak kaki ke kedai/pasar setiap hari. Mudah, jimat dan ohsem! Semoga bermanfaat.

SEMENTARA menunggu giliran ini, saya nak kongsi bagaimana kami boleh tetapkan bajet bulanan tak over bajet setiap bulan. Paling utama ada saving, in case anak sakit atau ada kecemasan.

Untuk barang-barang basah, kami peruntukkan RM150-RM200 saja sebulan. Berbanding jika beli di pasar hari-hari memang akan over bajet gila la kan.

  • Eh segar ke ikan tu?
  • Eh tahan lama ke?
  • Eh manis lagi ke bahan tu bila masak?
  • Eh masih sedap ke?

Meh nak ajar ye. Kalau salah, mohon maaf. Tapi saya buat begini sejak azali. Jimat.

DAGING

1. Kalau beli daging, saya beli daging beku itu sekilogram di pasar besar baru sekitar RM24/kg. Cara nak bagi tak hilang manis daging itu, balik teruslah potong. Macam saya, dua bekas selalunya dihiris nipis. Satu bekas dihiris kiub. In case nak masak daging masak hitam mamak ke kan, ha. Sambil awak hiris, awak boleh fikir nak buat menu apa.

2. Jangan basuh daging ye. Selepas hiris, terus masuk bekas, tutup dan disimpan.

3. Nak masak, keluarkan sebekas, biar dia cair sendiri. Jangan gatal pula pergi rendam dengan air ke apa. Bila dah cair sendiri, nak masak baru basuh bersih-bersih cenggitu. Barulah daging uolls tak keras jegung, tak liat dan tak rasa tawar. Elok je cek oii.

IKAN

1. Bergantung juga ikan apa yang awak borong. Macam saya, semua ikan yang saya nampak, saya beli selagi cantik rupanya seperti dalam gambar. Saya borong ikan termenung, ikan cencaru, ikan siakap.

2. Ikan cencaru, ikan siakap jangan isi air ye, nanti hilang manis ikan. Sama seperti ikan tongkol, ikan nyok², ikan pari, ikan patin kalau saya beli, siang dan basuh. Kemudian simpan tanpa letak air.

3. Ikan termenung, ikan sardin, ikan sebelah disiang dan dibersihkan bubuh air hapus ikan. Nanti nak masak sama juga, jangan rendam dalam air, kecut ikan itu dan hilang kemanisannya. Biar saja ikan itu cair sendiri. Sebelum simpan, dah basuh dan bersihkan. Masak, toskan saja. Campaklah nak masak apa pun.

UDANG/SOTONG

1. Potong, bersihkan. Letak air hapus paras udang/sotong/ikan. Kemudian boleh tutup kemas-kemas dan simpan.

2. Nak masak sama juga seperti yang saya beritahu di atas itu okey.

AYAM/ITIK

Tak perlu letak air. Basuh bersih-bersih, letak dalam bekas dan simpan. Siap! Bila nak masak, rendam sekali bekas, jangan direndam isinya sahaja. Pucat ayam/itik itu nanti dan jadi tawar pula.

 

 

Yang bekerja, malam itu awak boleh turunkan bekas apa yang nak dimasak pada keesokan pagi di bahagian chiller. Senang.

Kerjasama amat diperlukan. Nak mencuci semua bahan-bahan mentah ini perlu mengambil masa tiga jam lebih termasuk potong dan cuci. Itu tidak termasuk gangguan dari Ultraman, Princess let it go lagi gitu. Apa yang penting, kerjasama.

Kami bershoping di pasar Bukit Mertajam setelah menetap di Pulau Pinang. Dulu di Kuala Lumpur, kami pergi ke pasar malam Kampung Pandan atau pasar tani pun berlambak yang murah-murah. Di Perak, kami pergi ke pasar Kemunting.

Ha, itulah. Yang mana boleh jimat, kita jimat. Sekarang duit macam tak ada nilai, tetapi nak mencari duit itu. Hihihi! Tiga minggu makan ini untuk lima-enam orang satu rumah. Bajet dalam RM150-RM200.

Sekian. Bolehlah korang berjimat seperti kami. Nanti saya kongsi kaedah untuk sayur-sayuran pula.

Sumber: Fieya Badar

Leave a Reply

Your email address will not be published.