Misteri kematian Azaria Chamberlain terungkai selepas 32 tahun

Kematian bayi berusia dua bulan ini adalah satu tragedi. Namun, kisahnya adalah lebih tragis.

Azaria Chamberlain ialah seorang bayi perempuan yang telah dilahirkan pada 11 Julai 1980 dan kemudiannya meninggal pada 17 Ogos 1980.

Durasi dan kronologi kes kematian Azaria amat tragis  dan penuh dengan kontroversi hingga ianya mengambil masa 32 tahun untuk terungkai.

Namun, apakah yang menyebabkan misteri ini mengambil masa selama puluhan tahun untuk selesai? Ikuti kronologi misteri kematian Azaria Chamberlain.

Ianya bermula dengan ibu bapa Azaria, Lindy dan Michael Chamberlain membuat keputusan untuk bercuti berdekatan Uluru di bahagian utara Australia.

Tempat ini juga dikenali sebagai Ayers Rocks yang dipenuhi dengan batu pasir yang suci buat orang asli Australia. Dan ia juga merupakan antara formasi batu yang menakjubkan di dunia.

Foto ehsan abc.net.au

Semasa di Ayers Rocks, ibu bapa Azaria telah meletakkan kereta mereka berhampiran dengan kawasan berkhemah.

Mereka telah meninggalkan Azaria bersendirian untuk seketika, namun apabila mereka kembali, Azaria telah tiada.

Sesuatu atau seseorang telah mengambilnya dan mereka yakin seekor dingo telah memasuki khemah mereka dan mengambil Azaria.

Malangnya, Lindy dan Michael tidak mempunyai bukti yang serangan tersebut telah berlaku. Pihak berkuasa telah dihubungi dan mereka terus mencari Azaria.

Kemudian mereka telah menemui mayat Azaria di dalam mulut seekor dingo yang lapar dan marah. Mereka hanya bergelut sekali untuk mengambil semula mayat Azaria dari dingo itu di mana mereka menyedari sesuatu yang pelik.

Foto ehsan consumer.fairfaxsyndication.com